top of page
Search
hanuds

Hilton Garden Inn - South (5-6/2/22)

Minggu ini saya kembali ke satu hotel yang terletak di Chow Kit, iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) Kuala Lumpur. Lokasinya betul2 terletak di sebelah Jalan Raja Alang Kampung Baru. Hotel ini sebenarnya mempunyai 2 bangunan, South dan North yang terletak berhampiran antara satu sama lain.


Kali pertama saya ke sini ialah pada Julai 2020. Ketika itu saya menginap di bilik jenis Deluxe Twin tetapi kali ini saya memilih bilik yang lebih kecil iaitu queen room. Bilik ini berharga RM145.52 di aplikasi booking.com. Biliknya kecil sahaja hanya berkeluasan 226 kaki persegi dibandingkan dengan Deluxe Twin yang mempunyai keluasan 344 kaki persegi (RM161.00).


Saya sampai kira2 pukul 12.40 tengahari dan terus ke lobi hotel untuk pendaftaran masuk. Hanya terdapat 2 kaunter dibuka tetapi orang tidaklah ramai. Saya diberitahu bilik saya masih belum siap dan saya diminta untuk kembali semula pada pukul 3 petang. Saya meminta supaya bilik disiapkan segera dan staff memberitahu yang bilik saya akan dikemaskan dahulu dan memberitahu saya supaya kembali semula selepas 30 minit. Sementara menunggu bilik saya siap, saya pergi ke rooftop yang terletak di tingkat 25 untuk melihat view Kuala Lumpur dari atas.


Kira2 pukul 1.15 tengahari saya kembali semula ke lobi dan sebaik sahaja staff tersebut melihat saya, beliau terus menghulurkan kad akses kepada saya. Saya terus menaiki lif ke tingkat 11. Terdapat 3 buah lif di hotel ini dan lifnya agak perlahan. Kerana tidak ramai pengunjung pada masa itu, saya tidaklah menunggu lama untuk mendapatkan lif.


Memasuki bilik terdapat bilik air di sebelah kiri. Kemudian barulah ruang bilik yang menempatkan satu katil queen dan satu meja kecil serta kerusi untuk pengunjung melakukan kerja pejabat. Di dinding sebelah katil terdapat rak terbuka untuk menyangkut pakaian serta satu peti ais mini dan juga perkakas untuk membancuh kopi. Di dinding bertentangan katil pula terdapat TV yang saiznya mungkin 40 inci. Walaupun bilik jenis ini sempit tetapi masih terdapat ruang untuk solat. View bilik yang saya inap mengadap Menara Kuala Lumpur.


Bilik airnya juga kecil menempatkan sinki, tandas dan ruang untuk shower. Ruang untuk shower adalah terbuka (tanpa pintu) dan saya tidak begitu menggemarinya kerana apabila mandi air akan turut membasahi ruang sinki. Tandas pula ada menyediakan bidet dan hanya terdapat 1 jenis shower sahaja di bilik mandinya (saya sebenarnya lebih menyukai shower yang dilekatkan di siling). Tekanan airnya adalah kuat dan sangat laju.


Satu keistimewaan hotel ini ialah rooftopnya yang mempunyai view yang cantik (ini adalah sebabnya kenapa saya pergi ke hotel ini untuk kali kedua). Selain menempatkan satu pool yang sederhana besar, ianya turut menempatkan satu cafe di atas bangunan ini. Saya tidak mencuba makanan di cafe ini tetapi untuk perbandingan nasi lemak berharga RM39 sementara fish & chips juga berharga RM39. Jus buah-buahan pula berharga RM15. Cafe ini ditutup pada pukul 10 malam.


Hotel ini ada juga menyediakan wifi percuma tetapi tidaklah laju, hanya berkelajuan 6mbps. Tune Talk pula mempunyai kelajuan 122mbps sementara Celcom pula 55mbps. Siaran TV pula agak banyak (chanel Vision Four) dan semua siarannya adalah dalam bentuk HD. Walau bagaimanapun terdapat chanel2 yang tidak boleh dibuka dan sesetengahnya pula tidak mempunyai suara. Untuk proses check-out pula, ianya sangat cepat di mana saya hanya perlu memulangkan semula kad akses ke kaunter.


Hotel ini agak sesuai bagi yang ingin bersiar2 sekitar Chow Kit dan Jalan TAR. Harganya tidaklah mahal dan servisnya saya kira adalah bagus memandangkan hotel ini dibawah kelolaan Hilton. Kebersihan di hotel ini juga memuaskan hati saya. Cuma untuk yang membawa kanak2, poolnya dibuka agak lewat iaitu pada jam 10 pagi dan ditutup pada pukul 7 petang. Bagi yang sukakan panorama Kuala Lumpur, hotel ini boleh dijadikan alternatif kerana kebanyakan hotel yang mempunyai view Kuala Lumpur mempunyai harga yang mahal.

Bilik



Bilik Air



View dari bilik



Rooftop



Lobby



256 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page