Minggu ini saya memilih satu hotel lama yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini adalah betul2 bersebelahan pusat membeli belah Pavilion. Hotel ini sudah lama beroperasi di Kuala Lumpur dan tergolong antara hotel2 yang mewah suatu ketika dahulu. Hotel ini sebenarnya baru sahaja dibuka kembali kepada umum setelah dijadikan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19. Selepas sahaja ianya dibuka untuk tempahan, saya telah menempah bilik Superior yang berharga RM147.26 (tanpa sarapan) melalui aplikasi booking.com.
Saya tiba di hotel agak awal, kira2 pukul 12.30 tengahari. Saya terus ke kaunter untuk pendaftaran dan diberitahu bilik hanya akan siap pada pukul 2.00 petang. Bilik superior ini agak besar, berkeluasan 430 kaki persegi. Memandangkan hotel ini agak lama, interior biliknya memang lama dan nampak klasik, tetapi kemas dan bersih. Selain satu katil king, bilik ini juga menempatkan satu kerusi dan satu meja bulat kecil di tepinya untuk pengunjung berehat. Selain itu terdapat satu meja study untuk pengunjung melakukan kerja2 pejabat. Almari untuk menempatkan pakaian terdapat di pintu masuk, dan ianya agak besar.
Bilik airnya agak kecil, menempatkan sinki, tandas dan juga shower. Walaupun agak kecil, bilik airnya mempunyai bathtub yang sederhana besar, tetapi tandasnya tidak mempunyai bidet. Lampu di dalam bilik juga tidak terdapat di siling kecuali di pintu masuk dan di bilik air. Lampunya menggunakan 3 lampu tidur meja yang cantik yang diletakkan di kiri kanan katil dan di atas meja study. Untuk lampu, ianya menggunakan suis kawalan yang terdapat di meja di sebelah katil. Bila hanya menggunakan lampu tidur, cahaya di dalam bilik agak samar.
Bilik yang saya inap ini mengadap ke Pavilion yang terletak bersebelahan dengan bangunan hotel. Dari bilik juga boleh dilihat pool yang terdapat di tingkat 3 hotel. Poolnya agak besar, mempunyai dua bahagian yang berbeza kedalaman. Bahagian yang dalam mempunyai kedalaman 1.53 meter. Selain itu terdapat juga pool untuk kanak2 tetapi saiznya agak kecil. Lanskap di pool hotel ini agak cantik juga.
Di dalam bilik untuk tontonan pengunjung disediakan TV yang berukuran 46 inci. Walaupun siarannya tidaklah banyak, tetapi siarannya adalah dalam bentuk HD. Untuk wifi pula, ianya adalah percuma dan mempunyai kelajuan 40mbps. Kelajuan telco juga agak sederhana laju di mana Celcom mencapai kelajuan 55mbps semasa saya mengujinya di awal pagi. Di bilik air pula, tekanan air di shower tidak kuat, sehinggakan saya terpaksa mandi di dalam bathtub di mana tekanan air di showernya lebih kuat dan laju.
Dengan hanya kira2 RM150 saya rasa hotel ini agak murah memandangkan lokasinya yang terletak betul2 bersebelahan dengan Pavilion. Hotel ini sesuai juga bagi yang berkeluarga kerana bilik airnya mempunyai bathtub serta poolnya yang agak cantik.
Room
Bathroom
View from Room
Pool
Comments