top of page
Search
hanuds

Grand Lexis Port Dickson (18-19/12/21)

Updated: Dec 22, 2021

Minggu ini saya ke Port Dickson bersama keluarga. Hotel ini sebenarnya tidak perlu saya perkenalkan lagi, saya rasa semua orang tahu ianya salah satu hotel yang terkenal di Port Dickson ini. Hotel ini terletak di Batu 2, Jalan Seremban, Port Dickson iaitu bersebelahan dengan Glory Beach Resort.


Hotel ini sudah agak lama beroperasi sebenarnya iaitu sejak tahun 2009 lagi. Ini merupakn kali kedua saya ke sini, kali pertama ialah pada Februari 2010 iaitu setelah setahun dibuka. Setelah lebih dua belas tahun saya kembali ke hotel ini. Sebenarnya saya telah membeli baucer untuk hotel ini pada tahun lepas lagi, tetapi disebabkan PKP dan tidak dibenarkan merentas negeri, ianya ditunda beberapa kali sehinggalah ke tarikh ini. Saya telah membeli baucer berharga RM400 untuk satu bilik dan saya telah membeli 4 baucer. Oleh kerana saya telah pergi semasa cuti sekolah, hotel mengenakan surcharge sebanyak RM150 untuk setiap bilik. Oleh itu harga untuk satu bilik menjadi RM550 dan ianya tidak termasuk sarapan pagi.


Bilik yang saya pilih ialah jenis Garden Pool Villa yang mempunyai keluasan 874 kaki persegi. Biliknya besar terbahagi kepada 4 bahagian, Bahagian pertama menempatkan 2 katil king serta TV dan juga meja study serta almari baju. Bahagian kedua adalah kabinet yang menempatkan sinki serta peralatan minuman (seolah2 ruang dapur tetapi tidak mempunyai dapur). Bahagian ketiga adalah bilik air yang menempatkan sinki, tandas dan juga shower. Bahagian terakhir adalah kolam mandi yang terletak di dalam villa. Bangunan untuk jenis bilik Grand Pool Villa ini mempunyai dua tingkat. Saya mendapat 3 bilik di bahagian bawah dan satu bilik di bahagian atas. Yang membezakannya ialah poolnya yang terbuka bagi unit yang di bahagian atas (tidak seperti pool di bahagian bawah yang tertutup).


Di dalam bilik disediakan TV yang kecil, hanya berukuran 32 inci. Tidak banyak siaran yang disediakan dan bukan pula dalam bentuk HD. Wifi percuma ada disediakan tetapi sangat perlahan, dibawah 1mbps. Telco pula agak laju di mana Tune Talk mencapai kelajuan 78mbps di awal pagi. Tekanan bilik air pula laju dan saya sangat berpuas hati.


Proses check-in pula cepat dan mengambil masa hanya beberapa minit sahaja (masa saya sampai kira2 pukul 4 ptg, tiada pengunjung lain di kaunter). Pengunjung diminta untuk mengisi borang pendaftaran dan menulis semua nama di satu borang. Proses check-out juga cepat, di mana saya hanya perlu menyerahkan kembali kad akses di kaunter.


Hotel ini sememangnya menjadi impian kepada sesiapa yang inginkan bercuti terutamanya yang berkeluarga kerana biliknya mempunyai pool di setiap unit (sebenarnya ini adalah tarikan utama mengapa pengunjung suka ke hotel ini). Hanya 2 perkara yang saya ingin pembaca ambil kira sebelum mengambil keputusan untuk berkunjung ke sini. Pertama ialah proses check-in adalah pada pukul 3 petang (ada hotel yang proses check-in pada pukul 2 petang) dan proses check-outnya pula adalah awal iaitu pada pukul 11 pagi (dibandingkan dengan kebanyakan hotel lain pada pukul 12 tengahari). Setiap satu jam lewat pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.


Yang kedua pula ialah keadaan biliknya yang sudah lama terutamanya diruang dapur dan bilik mandi di mana jubin lantai dan dinding agak berdaki (saya bandingkan gambar pada tahun 2010, jubinnya masih sama). Dengan bayaran hampir RM800 untuk satu bilik (adik saya telah membeli satu bilik tambahan dengan harga ini), serta reputasinya sebagai salah satu hotel yang gah, saya rasa adalah tidak setimpal dengan harga yang dibayar. Sudah sampai masanya saya fikir hotel ini perlu diubahsuai dan dibaikpulih.



Bilik/Kolam



Dapur/Bilik Mandi



337 views0 comments

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page