top of page
Search
hanuds

Flora by Crossroads Hotel (28-29/11/21)

Dari Jalan Tun Sambanthan saya terus ke Jalan Ampang. Kali ini saya check-in di satu hotel yang agak asing, terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Tujuan saya menginap di sini ialah kerana berdekatan dengan Menara AIA di mana keesokannya saya mempunyai urusan di situ.


Hotelnya kecil sahaja, bolehla dikatakan antara hotel bajet yang terdapat di Kuala Lumpur ini. Bangunannya mempunyai hanya 4 tingkat. Keunikan hotel ini ialah bangunannya yang dipenuhi dengan tumbuhan, hampir tidak kelihatan dinding bangunan tersebut.


Melalui booking.com saya menempah bilik jenis Superior Double yang mempunyai keluasan 258 kaki persegi. Biliknya tidaklah besar dan tidaklah terlalu kecil. Selain menempatkan satu katil queen, terdapat juga satu meja study dan juga 2 kerusi di bilik ini. Terdapat almari untuk menyimpan pakaian di pintu masuk bilik. Bilik airnya kecil menempatkan sinki, tandas dan juga shower. Tekanan air di bilik air tidak terlalu kuat.


Di dinding bertentangan dengan kaki katil terdapat TV yang berukuran agak kecil, mungkin 37 inci. Hanya terdapat 3 siaran sahaja dan bukanlah dalam bentuk HD. Wifi pula agak laju mencapai kelajuan 24mbps dan telco pula sangat laju di mana Tune Talk mencecah kelajuan 161mbps.


Walaupun biliknya agak besar tetapi hanya menyediakan kelengkapan asas sahaja. Dengan harga RM136.55 (tanpa sarapan), bagi saya ianya agak overprice memandangkan hotel ini tiada kemudahan pool dan juga gimnasium. Seperti yang saya katakan di awal tadi, saya menginap di sini adalah kerana urusan di Menara AIA yang terletak hanya 350 meter dari hotel ini.



659 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page