top of page
Search
hanuds

Element by Westin, Kuala Lumpur (2-3/4/22)

Disebabkan Marriott Bonvoy masih lagi mengadakan promosi satu malam percuma dan saya pula hanya memerlukan satu malam sahaja lagi untuk ke Silver Elite, jadi saya pun meneruskan staycation saya dan memilih salah satu hotel di dalam rangkaian Marriott Bonvoy iaitu Element by Westin. Hotel ini terletak di Menara Ilham iaitu di Jalan Binjai, Kuala Lumpur. Di sebelahnya ialah Menara Binjai dan dihadapannya pula ialah Hotel InterContinental. Jarak hotel ini ke KLCC hanyalah kira2 700 meter sahaja.


Sebenarnya ini adalah kali kedua saya menginap di hotel ini, kali pertama ialah pada November 2020. Pada masa itu harganya hanyalah RM205 (menerusi booking.com). Kali ini dengan menggunakan keahlian Marriott Bonvoy, harga untuk bilik yang sama ialah RM231.60. Salah satu kelebihan menggunakan keahlian Marriott Bonvoy ini ialah kita boleh membuat proses check-in secara online. Selepas membuat proses check-in secara online, hotel menerusi aplikasi Marriott Bonvoy akan menghantar notifikasi jika bilik sudah pun sedia. Walaupun pendaftaran masuk adalah pada pukul 3 petang, saya mendapat message mengatakan yang bilik saya sudah pun sedia pada kira2 pukul 12.30 tengahari. Jadi selepas mendapat notifikasi tersebut saya pun pergi ke hotel dengan menaiki LRT (hanya memakan masa dalam 15 minit sahaja dari rumah saya).


Hotel ini mempunyai bangunan yang tinggi (antara hotel tertinggi di Malaysia). Memasuki bangunan hotel hanyalah terdapat ruang kosong kerana lobi terletak di tingkat 40. Jadi pengunjung perlu menaiki lif untuk pendaftaran di tingkat 40. Terdapat 6 buah lif di bangunan ini, dan masa yang diperlukan untuk mendapatkan lif tidaklah lama. Sampai sahaja di tingkat 40 saya terus sahaja ke kaunter untuk mengambil kad akses (sebelum itu staff meminta saya menunjukkan kad pengenalan untuk memastikan yang nama di dalam sistem adalah sama). Selepas mendapat kad akses saya pun terus ke bilik saya yang terletak di tingkat 44. Saya mendapat free upgrade ke skyline studio king (dari studio king). Sebenarnya biliknya adalah sama tetapi tingkat sahaja yang terletak di kedudukan tinggi (dan harga skyline studio ini lebih mahal sedikit).


Bilik studio king ini mempunyai keluasan 430 kaki persegi. Memasuki bilik seperti hotel2 yang lain terdapat almari untuk menyimpan pakaian di sebelah kiri yang mempunyai pintu gelongsor. Di dalam almari ini di sediakan hanger, seterika, lampu suluh dan juga peti simpanan keselamatan. Terdapat juga selipar dan juga papan seterika di dalam almari ini. Di sebelah kanan pula terdapat bilik air yang juga berpintu gelongsor (dan ianya tidak boleh dikunci).


Selepas pintu bilik air, terdapat satu kabinet yang menempatkan satu sinki serta beberapa laci dan ruang untuk penyimpanan barang2 seperti sudu, garfu, gelas dan juga cerek letrik. Di bahagian kanan terdapat 2 ruang, satu ruang terbuka menempatkan microwave dan satu lagi ruang tertutup yang menempatkan satu peti ais mini. Ini antara salah satu faktor kenapa saya suka dengan hotel ini.


Selain satu katil king, bilik hotel ini menyediakan satu meja study sederhana besar ditempatkan di dinding mengadap ke TV. Satu kerusi yang selesa juga disediakan bagi pengunjung melakukan kerja2 pejabat. Selain itu di sebelah kiri katil terdapat satu sofa kecil dan satu meja bulat kecil untuk pengunjung berehat sambil menonton TV. Seperti biasa TV dilekatkan di dinding dan saiznya adalah dalam 46 inci. Tidak banyak siaran disediakan tetapi semua siarannya adalah dalam bentuk HD. Bilik yang saya inap ini mengadap ke KLCC dan viewnya cantik terutama pada waktu malam.


Bilik air pula agak kecil menempatkan sinki, tandas dan juga ruang untuk shower. Walaupun agak kecil, ruang untuk shower agak luas dan besar. Tekanan air adalah memuaskan walaupun tidaklah terlalu kuat. Untuk tandas pula, pengunjung tidak perlu bimbang kerana salur paip ada disediakan untuk kemudahan pengunjung. Hotel ini juga ada menyediakan wifi percuma dan kelajuannya agak laju di mana ianya mencapai 30mbps. Cuma telco mempunyai sedikit masalah mungkin disebabkan kedudukannya yang tinggi. Celcom mencapai kelajuan 28mbps dan Tune Talk pula hanya mempunyai kelajuan kurang dari 5mbps.


Hotel ini mempunyai pool yang terletak di tingkat 39. Poolnya adalah tertutup dan saiznya tidaklah besar. Buat masa sekarang pengunjung perlu mendaftarkan diri untuk menggunakan pool dan dalam satu2 masa hanya dibenarkan seramai 15 orang sahaja (atau 3 keluarga). Pool dibuka mulai pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 8 malam.


Hotel ini adalah salah satu hotel yang saya suka. Interiornya simple sahaja dan tidak nampak padat. Terdapat banyak ruang kosong di biliknya. Selain itu terdapat kabinet untuk sinki dan juga microwave membuatkan hotel ini lebih kelihatan seperti rumah. Hotel ini sesuai untuk yang solo, berpasangan atau pun yang telah berkeluarga. Cuma yang mempunyai anak kecil, pintu bilik airnya yang tidak boleh dikunci mungkin menjadi sedikit masalah.


Bilik



Bilik Air



View dari Bilik



Pool



Hotel



204 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page