top of page
Search

EDC Hotel Kuala Lumpur (4-5/6/22)

  • hanuds
  • Jun 5, 2022
  • 3 min read

Updated: Jun 6, 2022

Memandangkan pada minggu ini adalah cuti sekolah dan kebetulan pula Isnin adalah cuti umum, kebanyakan hotel menaikkan harga masing2. Ada hotel yang menaikkan harga sehingga 4 kali ganda. Oleh itu pada minggu ini saya telah memilih 2 hotel yang harganya masih murah meskipun telah dinaikkan sedikit sempena cuti sekolah dan cuti umum.


Hotel yang pertama yang saya pilih ialah EDC Hotel yang terletak di Jalan Raja Laut. Ianya betul2 terletak di sebelah Jalan Haji Taib. Hotel 3 bintang ini agak besar dan bangunannya juga agak tinggi. Terdapat 3 blok di hotel ini iaitu Blok A, B dan juga C. Melalui booking.com saya telah memilih Bilik Standard yang berharga RM129.80 (tanpa sarapan). Bilik ini kecil sahaja berkeluasan 247 kaki persegi.


Saya tiba di hotel kira2 pukul 2.20 petang dan terus sahaja ke kaunter untuk check-in. Saya diberitahu bahawa sistem mengalami gangguan dan staff meminta saya duduk terlebih dahulu. Selepas satu jam tanpa berita saya bertanya sekali lagi staff yang bertugas dan diberitahu bilik masih belum sedia. Saya membuat pendaftaran dan bayaran terlebih dahulu sementara bilik saya siap. Saya hanya mendapat bilik pada pukul 4.30 petang (untuk rekod, hotel ini mengiklankan waktu untuk check-in ialah pada pukul 2.00 petang).


Saya mendapat bilik di Blok C iaitu di tingkat 4. Untuk ke bilik, saya perlu menaiki lif ke tingkat 2 dan menyeberang jejantas untuk ke Blok C. Terdapat 3 lif dari lobi hotel dan lifnya agak cepat. Di Blok C pula saya perlu menaiki lif untuk ke tingkat 4. Dengan keluasan 247 kaki persegi, biliknya agak kecil menempatkan 2 katil single. TV pula dilekatkan di dinding dan saiznya hanyalah 32 inci. Di bawah TV terdapat kabinet menempatkan satu peti ais mini dan perkakas untuk membancuh kopi. Seterika juga ada disediakan dan papan seterika disandarkan di dinding sebelah kabinet tersebut. Bilik ini tidak mempunyai meja study seperti kebanyakan hotel lain (adalah alasan untuk saya tidak membuat kerja pejabat).


Bilik air pula kecil menempatkan sinki, tandas dan juga ruang untuk shower. Terdapat salur paip di sebelah mangkuk tandas dan untuk ruang shower pula dipisahkan dengan tirai. Interior bilik airnya sangat lama tetapi lantai bilik adalah lantai kayu dan kelihatan agak baru. Terdapat air panas di bilik air dan tekanan air juga agak kuat.


Hotel ini adalah hotel bajet di mana harga jika bukan cuti sekolah hanyalah di bawah RM100. Biliknya ok bagi saya tetapi terdapat kemudahan yang tidak berfungsi dengan baik. TV di bilik boleh dipasang tetapi tidak mempunyai siaran (terpaksalah saya layan lagu di youtube untuk tidak merasa sunyi). 2 soket di dalam bilik saya tidak berfungsi, terpaksalah saya menggunakan soket yang disambungkan kepada peti sejuk. Wifi pula boleh diakses pada malamnya tetapi di pagi esoknya saya tidak dapat mengakes wifi dari dalam bilik, Mujurlah telco agak laju di mana Celcom mempunyai kelajuan 67mbps sementara Tune Talk pula berkelajuan 33mbps. Untuk proses check-out pula, saya hanya perlu memulangkan kad akses ke kaunter.


Secara peribadi saya berpendapat hotel ini mungkin sesuai bagi yang ingin menjadikannya sebagai tempat untuk tidur sahaja (di siang hari berjalan2 di sekitarnya). Ianya tidak sesuai bagi yang ingin berehat dan bersantai di bilik kerana bentuk biliknya yang terkurung (bilik yang saya inap hanya mempunyai tingkap kecil itupun menghala ke lorong bilik), itupun setelah tidak mengambil kira kemudahan yang tidak berfungsi. Selain itu biliknya agak bising (saya dapat mendengar dengan jelas pintu bilik dibuka dan ditutup).


Lokasi hotel ini agak strategik iaitu terletak berhampiran dengan Chow Kit (hanya 5 minit berjalan kaki), berdekatan juga dengan Sunway Putra Mall dan PWTC (hanya 8 minit berjalan kaki) dan juga Jalan TAR dan SOGO (hanya 1.0 km). Satu keunikan hotel ini ialah terdapat satu ruang yang mempamerkan gambar2 lama kotaraya Kuala Lumpur iaitu di tingkat 2 hotel (antara Blok A dan B). Di tingkat yang sama juga terdapat restoran yang dinamakan sempena nama penghibur No 1 Asia, Sudirman Hj Arshad.


Bilik



Bilik Air



Hotel



 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2020 by Bumi dipijak langit dijunjung. Proudly created with Wix.com

bottom of page