Staycation seterusnya saya memilih satu hotel yang terletak agak jauh dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Ianya terletak di Sri Hartamas dan merupakan hotel yang agak baru juga beroperasi. Selain hotel, ianya juga mempunyai residen dalam bangunan yang sama. Saya memilih hotel ini kerana viewnya yang cantik dari rooftop.
Melalui aplikasi booking.com, saya menempah bilik jenis Dorsett Room yang berkeluasan 301 kaki persegi. Harga yang dibayar untuk bilik jenis ini ialah RM162.83 (tanpa sarapan). Saya tiba kira2 pukul 1.00 tengahari dan terus ke kaunter untuk urusan check-in. Walaupun waktu check-in adalah pada pukul 3.00 petang, saya dibenarkan memasuki bilik oleh kerana bilik yang ditempah telah pun siap.
Bilik jenis ini sederhana besar, menempatkan satu katil king. Terdapat satu meja study di tepi tingkap. Almari pula disediakan dan terletak di pintu masuk bilik. Bilik airnya pula agak kecil, tetapi mempunyai bathtub selain menempatkan sinki dan juga shower. Bathtub di dalam bilik air ini agak besar juga.
Interior bilik jenis ini agak biasa bagi saya, dan padan dengan harganya yang di bawah RM200 untuk satu malam. Di dinding bertentangan dengan katil pula terdapat TV LCD yang saya rasa berukuran 40 ataupun 43 inci. Tidak banyak siaran yang ada walaupun siarannya adalah dalam bentuk HD. Untuk wifi percuma pula, kelajuannya adalah kira2 20mbps, dan Celcom mencapai kelajuan 90mbps semasa saya mengujinya di awal pagi. Tekanan air di bilik mandi agak kuat, tetapi hanya mempunyai satu jenis shower sahaja (jenis pegang).
Suhu di dalam bilik agak panas dalam 27 darjah celcius. walaupun saya telah cuba untuk menurunkan suhu serendah yang mungkin, bacaan suhu di dalam bilik tetap juga sama iaitu 27 darjah celcius (dan saya malas sebenarnya nak komplen).
Satu keistimewaan hotel ini ialah poolnya yang terletak di rooftop iaitu di tingkat 27. Poolnya agak besar dan luas serta terdapat juga pool untuk kanak2 bersebelahan pool dewasa dan saiznya agak besar juga. Pool dibuka dari pukul 8 pagi hingga ke 8 malam. Selain pool, di atas ini terdapat juga restoran makanan Thai yang terkenal iaitu Chakri Palace. Dari atas ini kita boleh melihat Istana Negara dengan begitu cantik berlatar belakangkan Bandaraya Kuala Lumpur.
Bilik
Bilik Air
Pool
View dari Rooftop
Comments