Sempena cuti perayaan Deepavali saya memilih satu hotel bajet yang terletak di Jalan Metro Pudu 2, Sungai Besi Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di Fraser Business Park berhampiran dengan Jalan Loke Yew. Kepada orang Kuala Lumpur, tempat ini terkenal dengan F&N kerana di sinilah letaknya ibu pejabat jenama minuman yang terkenal itu.
Saya memilih hotel ini melalui Booking.com dan harga yang ditawarkan pada masa itu ialah RM98.60 (setelah dapat upgrade secara percuma). Bilik yang saya pilih ialah jenis Grand Deluxe King Suite yang mempunyai keluasan 301 kaki persegi. Biliknya tidaklah besar dan tidak pula terlalu kecil, tetapi agak luas bagi yang berharga di bawah RM100. Terdapat satu katil king di dalam bilik ini, serta satu meja study yang terletak di kaki katil yang dipisahkan oleh partition. Partition ini juga menempatkan satu TV besar yang berukuran 55 inci mengadap ke katil. Hotel ini menyediakan siaran TV dalam bentuk HD bagi semua siarannya tetapi siarannya tidaklah banyak.
Bilik air hotel ini pula sederhana besar menempatkan sinki, tandas, ruang untuk shower serta bathtub, tetapi bathtubnya tidaklah besar. Ini adalah hotel yang paling murah yang mempunyai bathtub yang saya pernah inap setakat ini. Cuma mungkin yang menjadi ketidakselesaan pengunjung ialah bilik airnya tidak boleh dikunci, hanya mempunyai pintu sahaja. Untuk wifi pula, hotel ini ada menyediakan wifi percuma tetapi kelajuannya tidaklah laju, hanya 4.51mbps ketika saya mengujinya. Walau bagaimanapun, telco di hotel ini sangat laju di mana Celcom mencapai kelajuan 142mbps serta 107mbps pula untuk Digi.
Lobi hotel ini terletak di ground floor dan agak besar menempatkan banyak sofa yang sedikit lusuh. Dari lobinya saya dapat mengagak yang hotel ini telah lama beroperasi. Lif juga agak usang dan tdak diselenggarakan dengan baik. Proses check-in pula cepat, saya tiba kira2 pukul 12.30 tenghari dan bilik telah pun siap.
Untuk harga di bawah RM100 satu malam dan bilik agak besar serta mempunyai bathtub, tiada apa yang saya boleh komplen di sini. Hotel ini sesuai kepada sesiapa yang inginkan hotel bajet tetapi berkeluasan agak besar, cuma lokasinya tidaklah terletak di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur.
Lobi/Ruang Hotel
Bilik
Comments