top of page
Search
hanuds

Datum Jelatek (18-19/3/23)

Minggu ini staycation saya ialah ke satu residensi yang baru sahaja dibuka. Ianya terletak di Jalan Jelatek betul-betul bersebelahan dengan Stesen LRT Jelatek. Di bahagian bawah residensi ini pula adalah pusat membeli-belah Datum Jelatek. Saya membuat tempahan apartment ini melalui aplikasi Booking.com dengan harga RM275.71. Residensi Datum Jelatek ini mempunyai empat blok dan unit yang saya tempah ini mempunyai satu bilik di mana keluasan unitnya ialah 736 kaki persegi.


Oleh kerana ini adalah sebuah residensi saya telah dihubungi oleh pemilik rumah sehari sebelum daftar masuk melalui aplikasi Whatsapp. Beliau memberitahu cara-cara proses check-in ke residensi ini. Pada 18hb saya tiba di residensi pada kira-kira pukul 11 pagi. Saya terus ke Blok D dan mengambil kad akses yang diletakan di dalam peti surat. Selepas itu saya terus menaiki lif untuk ke tingkat 23A. Terdapat 4 buah lif disediakan dan oleh kerana residensi ini masih lagi baru, masa untuk menunggu lif tidaklah lama.


Apartment yang saya inap ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ruang tamu, dapur, bilik tidur dan juga bilik mandi. Ruang tamunya agak besar menempatkan satu meja makan (6 kerusi) dan juga satu katil sofa yang sederhana besar. Di bahagian ruang tamu ini terdapat satu TV Samsung yang melengkung bersaiz mungkin 60 atau 65 inci (ianya juga menyediakan longtv). Ruang tamu apartment ini mempunyai satu unit penghawa dingin dan ianya mempunyai pintu gelongsor menghala ke balkoni.


Dapur pula terdapat di sebelah kanan pintu masuk dan saiznya kecil sahaja. Dapurnya dilengkapi dengan kabinet termasuklah sinki dan juga dapur letrik. Peralatan memasak lengkap disediakan begitu juga dengan pinggan mangkuk serta sudu, garfu dan cawan. Selain itu terdapat juga peti ais bersaiz besar dan juga mesin basuh diletakan di bahagian ini.


Saiz bilik tidur pula agak kecil menempatkan satu katil queen. Terdapat almari di sebelah kiri katil di mana saiznya agak besar. Di dalam almari ini disediakan tempat menyangkut baju serta seterika dan juga papan seterika. Terdapat sehelai sejadah di dalam almari ini. Di dalam bilik ini juga terdapat TV bersaiz 40 inci dan ianya merupakan smart TV. Juga terdapat satu unit penghawa dingin di dalam bilik tidur. Bilik tidur ini juga mempunyai pintu gelongor yang mengadap ke balkoni.


Bilik air terdapat di hadapan pintu bilik dan saiznya agak besar. Terdapat sinki, tandas dan juga ruang pancuran (shower) di mana saiznya sederhana besar. Terdapat pancuran jenis pegang dan juga siling disediakan dan peralatan mandian juga ada disediakan yang diletakan bersebelahan sinki. Tekanan air di bilik mandi sangat kuat. Sementara itu di dalam apartment kelajuan telco agak perlahan di mana Celcom hanya mempunyai kelajuan 12mbps sementara Tune Talk pula lebih laju dengan kelajuan 35mbps. Walau bagaimanapun unit yang saya inap ini menyediakan wifi yang sangat laju di mana ianya mencapai kelajuan 116mbps.


Salah satu keistimewaan Datum Jelatek ini ialah ianya mempunyai jambatan berbentuk bulatan (sky ring) yang menghubungkan keempat-empat blok. Jambatan ini terdapat di tingkat 27 dan pemandangan dari atas jambatan ini sangat cantik terutamanya bila mengadap ke Bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu kolam renang terdapat di tingkat 11 dan saiznya sangat besar dan juga mengadap ke Kuala Lumpur. Selain kolam untuk dewasa terdapat juga kolam renang untuk kanak-kanak di mana saiznya agak luas serta jakuzi yang terdapat bersebelahan dengan kolam dewasa. Selain kolam renang di aras yang sama terdapat taman permainan untuk kanak-kanak. Residensi ini mempunyai banyak kemudahan lain seperti gimnasium, bilik media dan bilik permainan untuk kanak-kanak. Unit yang saya inap ini menyediakan 2 parkir kereta yang terletak di tingkat 9. Untuk proses check-out saya hanya perlu meletakan semula kad akses ke dalam peti surat.


Secara peribadi saya sangat gemar staycation di sini kerana unit apartmentnya yang luas, bersih dan mempunyai pemandangan yang cantik dari balkoninya. Selain itu residensi ini mempunyai banyak fasiliti yang boleh digunakan semasa menginap di sini. Kedudukannya yang terletak di atas mall memudahkan pengunjung untuk makan atau membeli barang-barang di mall tersebut. Dari segi lokasinya pula ianya hanyalah bersebelahan dengan Stesen LRT Jelatek memudahkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam jika ingin bersiar-siar di Kuala Lumpur. Saya pasti akan kembali lagi ke sini pada satu hari nanti.


Nota: Residensi ini banyak terdapat di Booking.com dan juga Airbnb. Jika pembaca ingin menempah unit seperti yang saya inap, sila ke Booking.com dan memilih ‘Datum Jelatek SkyRing Near KLCC Linked LRT and Mall FREE Wifi Netflix WasherDryer 5 Star Like Hotel’.


Ruang Tamu


Bilik Tidur


Dapur


Bilik Air


Balkoni


Kolam Renang


Sky Ring


Pemandangan


180 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page