Kali kedua ke resort ini, yang terletak di Cyberjaya. Resort ini merupakan resort yang terkenal pada satu masa dahulu dan pernah memenangi anugerah di peringkat global sebagai best resort. Resort ini sudah lama beroperasi.
Kali pertama saya ke sini ialah pada May 2015. Seperti resort yang lain, ia menempatkan banyak block yang mempunyai 2 tingkat. Terdapat beberapa bilik di setiap block. Jika pada 2015 saya menginap di Executive Deluxe Chalet, kali ini saya memilih Superior Chalet di mana biliknya lebih kecil dan ianya merupakan bilik yang paling murah. Melalui booking.com saya membayar RM234 (termasuk sarapan).
Biliknya berkeluasan 376 kaki persegi. Biliknya agak besar, menempatkan satu katil queen dan satu katil single. Bilik airnya sederhana besar menempatkan bathtub, sinki, tandas dan juga shower. Bathtubnya agak unik dan agak besar dan dalam. Antara kaki katil terdapat separa dinding yang menempatkan TV (mungkin 43 atau 46 inci). Di balik dinding itu terdapat almari dan juga sinki. Di sebelah kanan pintu masuk menempatkan kabinet untuk minuman sementara di sebelah kiri pula menempatkan satu meja study yang sederhana besar. Bilik ini mempunyai balkoni yang mengadap ke taman.
Resort ini mempunyai kawasan yang luas. Lanskap resort ini dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Sementara itu pool di resort ini sangat besar dan mempunyai 3 bahagian. Walaupun sudah lama lanskap di resort ini dijaga dengan agak baik.
Resort ini mempunyai lobi yang besar dan cantik. Oleh kerana resort ini hampir keseluruhannya dibuat dari kayu, banyak kawasan resort yang sudah agak uzur dan perlu dibaiki. Oleh kerana ianya telah lama ditambah pula dengan keadaan PKP ini, banyak kawasan resort yang tidak beroperasi seperti ballroom yang kelihatan agak usang.
Satu perkara yang menarik tentang resort ini ialah makanannya yang sedap. Sarapan disediakan di satu bangunan yang luas dan agak cantik. Menu untuk sarapan juga sangat banyak dan sangat sedap. Resort ini memang terkenal dengan makanannya yag enak.
Lobi
Bilik
Kolam/Lanskap
Comments