top of page
Search
hanuds

Cititel Mid Valley (25-26/9/21)

Minggu ni saya bermalam di hotel yang terletak betul2 di sebelah Mid Valley Megamall. Hotel ini memang sudah lama (mungkin sama umurnya dengan mall itu). Saya booked melalui booking.com bilik superior (hanya ada bilik ini sahaja di booking.com).


Saya sampai di kaunter pada pukul 12.30 tengahari. Saya bertanya kepada staff yang bertugas samada ada deluxe room atau pun tidak. Rupa2nya hotel ini tengah dalam renovation, hanya bilik superior sahaja yang telah siap dan dibuka kepada pengunjung. Jenis bilik2 yang lain masih lagi dalam proses ubah suai.


Selesai mengambil kad, saya terus ke bilik saya yang terletak di tingkat 8. Biliknya memang kecil, hanya 193 kaki persegi. Terdapat satu meja queen, satu almari kecil dan juga satu meja study yang terletak di tepi tingkap.Memandangkan bilik ini baharu sahaja diubah suai, biliknya kelihatan masih baru dan agak cantik. Bilik air juga kecil menempatkan satu siniki, tandas dan ruang untuk shower. Walaupun kecil, masih ada ruang untuk mengerjakan solat.


Hotel ini memang sesuai kepada yang ingin membeli belah di Mid Valley Megamall, dan tidak kepada sesiapa yang ingin berehat di bilik kerana biliknya yang kecil, tambahan pula hotel ini tidak mempunyai pool. Lokasinya yang betul2 di sebelah mall memudahkan pengunjung untuk ke Mid Valley Megamall.


TV agak besar (mungkin 43 inci) dan mempunyai channel2 basic sahaja dalam siaran HD. Wifi pula tidaklah laju, hanya kira2 8mbps. Tekanan airnya agak tinggi, so puaslah untuk mandi. Cuma tuala yang disediakan agak kecil dan nipis (tidak seperti standard hotel2 lain). Bilik yang saya inap betul2 mengadap ke stesen KTM Mid Valley. Untuk ke sini boleh menaiki KTM komuter atau membawa kereta (parking disediakan).


Untuk lunch saya memesan nasi goreng kampung yang berharga RM15. Mungkin pabila siap sepenuhnya saya akan bermalam pula di bilik deluxe yang semestinya lebih luas.


Koridor



Bilik



View



Lunch



Suka2



358 views0 comments

Comentarios


Post: Blog2_Post
bottom of page