top of page
Search
hanuds

Banyan Tree (25-26/7/21)

Ini adalah antara hotel mewah yang terletak di Kuala Lumpur. Lokasinya di Jalan Conlay berhampiran Bukit Bintang menjadikannya lebih berprestige serta menjadikannya tumpuan pelancung terutamanya pelancung asing.


Dah lama juga sebenarnya ingin stay di hotel ini tetapi memandangkan harganya yang sangat mahal (hampir tak boleh diterima dek akal), maka keinginan itu disimpan sahaja. Bila pandemik melanda harganya telah turun dengan agak banyak menjadikannya lebih murah dari kebiasaan. Jadi bersempena dengan harijadi pada tahun ini, saya pejamkan mata sahaja untuk booking hotel ini.


Bila saya sampai sahaja di hotel ini saya dibawa ke lobi yang terletak di tingkat 53. Interiornya memang sangat cantik dan memang kelihatan mewah. Selepas habis mendaftar di kaunter, saya pun dibawa ke bilik saya yang terletak di tingkat 55 (siap hantar ke bilik lagi).


Saya menempah bilik Banyan Retreat King yang berkeluasan 548 kaki persegi berharga RM688.50 (termasuk sarapan untuk 2 orang). Ini merupakan bilik yang paling murah di hotel ini. Bila melangkah masuk aje ke biliknya, memang kelihatan mewah. Ruang biliknya dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama yang menempatkan katil, sofa dan meja untuk melakukan kerja. Bahagian kedua pula menempatkan bilik air di mana ruangnya sangat luas. Bilik yang saya inap ini mempunyai view mengadap ke Bangunan TRX.


Bilik airnya mempunyai ruang yang sangat besar menempatkan satu bath tub besar. dan juga shower. Showernya pula mempunyai lampu yang berwarna warni. Apa yang menariknya tentang hotel ini, langsir di ruang tamu dan tirai di bilik mandi dikawal menggunakan suis. Toilet bowl nya juga menggunakan suis dan tertutup secara automatik.


Sarapan dihantar ke bilik memandangkan sekarang masih berada di PKP. Saya juga memesan dinner, fish & chip yang juga dihantar ke bilik. Walaupun hotel ini biliknya mahal, tetapi harga makanan di sini tidaklah terlalu mahal. Hotel ini sebenarnya mempunyai restoran yang terletak di atas (roof top) yang mengadap ke KLCC. Memandangkan masih di dalam PKP, ianya tidak dibuka kepada pengunjung. Pool nya juga masih ditutup kepada pengunjung semasa PKP ini.


Mungkin akan ke sini lagi pabila berakhirnya PKP nanti, untuk melihat panorama KL dari roof top dan mandi kolam.



Room



Bath Room



Breakfast



Dinner



391 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page