top of page
Search
hanuds

Avillion Port Dickson (16-17/11/19)

Sapa yang tak tahukan hotel ni. Terletak di Port Dickson Negeri Sembilan. Nak pegi tu dah lama tapi baru sekarang berkesempatan.


So pada hari tu aku bertolak ke Port Dickson bersama 2 orang rakan yang lain. Kami bertolak takdela pagi sangat, sampai ke PD dah hampir tengahari. Sebelum ke hotel kami singgah dulu di Pantai Teluk Kemang untuk isi perut. Sempatlah makan mee kari sambil menghirup angin laut di pantai tu.


Selesai mengisi perut kami terus ke hotel. Check-in di kaunter dan terus ke bilik yang terletaK di atas air tu (Avillion juga ada bilik yang tidak terletak di atas air). Sampai di bilik kami terus letak barang dan berehat sebentar sambil meninjau2 kawasan hotel tu. Bilik dia tak la besar sangat, tapi selesala untuk 3 orang tu, tapi bilik air dia memang besar.



Di petangnya kami meninjau2 kawasan hotel Avillion. Landscape dia agak cantik. Selain itu terdapat 2 kolam yang besar di hotel ini. Kami pun mandila kolam yang jauh sikit dari bilik kami tinggal.


Di malamnya kami makan di sebuah restoran yang terletak di Pantai PD. Tak ingat dah nama restoran tu apa, kawan yang tinggal di PD yang rekemenkan. Masakan dia memang sedap dan harganya pun berpatutan. Selesai makan malam kami pulang ke hotel dan bersiar2 di kawasan hotel.


Besoknya kami sarapan di hotel. Selepas itu kami pulang ke bilik untuk mengemas pakaian kami untuyk check-out.



57 views0 comments

Yorumlar


Post: Blog2_Post
bottom of page