Staycation kali ini bukan sebab nak stay hotel sangat tetapi disebabkan KL dan Selangor terputus bekalan air, jadi terpaksalah stay kat hotel. Untuk itu saya memilih hotel ini yang terletak betul2 di belakang Pasar Seni di tengah2 Kuala Lumpur. Saya memilih hotel ini disebabklan 2 perkara, pertama berdekatan dengan ofis saya dan yang kedua harganya yang murah. Melalui booking.com saya membayar RM155.04 (termasuk sarapan) untuk 2 malam.
Hotel ini terletak di Leboh Pasar Besar betul2 di belakang Pasar Seni. Di hadapan hotel ini terletaknya Masjid Jamek yang terkenal dengan 'River of Life'. Ianya juga berdekatan dengan Dataran Merdeka dan juga Bangunan Sultan Abdul Samad.
Hotel ini agak baru beroperasi, mungkin kurang dari lima tahun. Bangunannya cantik dan klasik, kalau dilihat dari luar seakan berada di luar negara. Bahagian bawah hotel menempatkan restoran dan juga lobi. Lobinya agak kecil sesuai dengan hotelnya yang juga kecil.
Saya menginap di bilik Deluxe yang berkeluasan 204 kaki persegi. Sebenarnya saya memilih katil queen, tetapi bilik ini mempunyai 2 katil single yang dicantum. Dengan keluasan 204 kaki persegi, biliknya memang agak kecil, tetapi masih ada ruang untuk solat. Terdapat meja study di dalam bilik untuk melakukan kerja. Bilik airnya juga kecil menempatkan sinki, tandas dan juga shower. Tiada almari disediakan, hanya penyangkut di dinding untuk menyangkut baju. Fridge juga tidak disediakan di hotel ini sepertimana kebiasaan hotel. TV pula bersaiz 32 inci dan siarannya juga tidak banyak serta tidak HD. Wifi percuma ada disediakan tetapi kelajuannya tidaklah begitu laju. Bilik yang saya inap, viewnya mengadap ke Pasar Seni dan Bangunan Dayabumi.
Memandangkan semasa pandemik ini tiada pengunjung ke hotel ini, biliknya agak berhabuk terutama di langsir tingkap tetapi agak bersih. Mungkin akan mengambil masa untuk cantik dan bersih seperti dahulu. Untuk harga RM77 (dengan sarapan) untuk satu malam, saya rasa berbaloi stay di hotel bajet ini memandangkan lokasinya yang strategik di tengah2 Kuala Lumpur serta berdekatan dengan Dataran Merdeka.
Hotel ini sesuai kepada sesiapa yang ingin stay di hotel bajet dan bersiar2 di Dataran Merdeka serta kawasan sekitarnya, terutama River of Life. Di sini saya sertakan gambar2 bilik hotel ini serta gambar2 River of Life dan juga Bangunan Sultan Abdul Samad untuk tatapan pembaca.
Lobby
Bilik
View dari bilik
River of Life
Comments