Hotel ini terletak di Bangsar, iaitu di Jalan Tun Sambanthan Kuala Lumpur. Bangunan hotel ini bercantum dengan Menara Shell di sebelahnya. Terletak di kawasan 'Little India', hotel ini berdekatan dengan KL Sentral dan juga NU Sentral, iaitu hanya kira2 350 meter sahaja. Hotel ini boleh dikatakan agak baru juga.
Melalui booking.com saya memilih bilik Studio Premier yang berharga RM178.20 (tanpa sarapan). Biliknya besar dengan keluasan 538 kaki persegi. Memasuki bilik terdapat ruang dapur yang serba lengkap untuk tetamu memasak. Terdapat dapur letrik dan juga microwave disediakan di bilik ini, serta rice cooker. Selain itu terdapat juga peti sejuk yang besar yang diletakkan di dalam kabinet, jadi susunan dapurnya kelihatan sangat kemas. Sinki juga disediakan untuk pengunjung membasuh pinggan mangkuk di ruang dapur ini.
Di sebelah kanan pintu masuk terdapat bilik air yang agak kecil, menempatkan sinki, tandas dan juga shower. Tekanan air untuk shower tidaklah terlalu kuat, tetapi memadai bagi saya. Juga disediakan berus dan ubat gigi untuk pengunjung (untuk 2 orang).
Memasuki ruang biliknya, terdapat satu katil king dan juga ruang untuk duduk seakan sofa tetapi diletakkan di tepi tingkap. Di hadapan sofa itu diletakkan satu meja bulat (bagi saya meja ini lebih elok jika diletakkan di ruang dapur). Di sebelah katil pula terdapat ruang menempatkan almari yang agak besar di mana pintunya adalah cermin.
Antara kaki katil ke tingkap cermin terdapat satu partition menempatkan TV LCD yang berukuran agak kecil (mungkin hanya 40 inci). Di belakang TV tersebut terdapat meja study dan satu ruang kosong (saya pun agak pelik untuk apa ruang ini sebenarnya). TV di hotel ini tidak menyediakan banyak siaran, dan siarannya pula bukanlah dalam bentuk HD. Jika menonton dari atas katil, sudut pandangan TV ini agak ke bawah. Wifi percuma pula tidaklah laju hanya sekitar 10mbps dan Celcom pula hanya berkelajuan sekitar 38mbps semasa saya mengujinya.
Hotel ini mempunyai pool yang terletak di tingkat 5. Poolnya tidak terlalu lebar tetapi agak panjang. Terdapat juga pool untuk kanak2 di hotel ini, di mana keluasan poolnya boleh dikatakan besar bagi pool untuk kanak2. Semasa ini pengunjung hanya dibenarkan untuk mandi selama satu jam sahaja dan perlu mendaftar terlebih dahulu.
Untuk proses check-in, ianya tidaklah mengambil masa yang lama. Waktu sebenar untuk check-in ialah pada pukul 3 petang tetapi saya sampai awal pada kira2 jam 1.15 tengahari. Saya terus saja mendaftar di kaunter dan mendapat bilik pada pukul 1.30 tengahari. Hanya proses untuk check-out sahaja yang sedikit mengecewakan saya. Selepas menyerahkan kad, pengunjung diminta untuk menunggu bilik diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk meninggalkan hotel (saya sebenarnya sudah lama tidak berjumpa dengan hotel yang proses check-outnya sebegini. Kebanyakan hotel proses check-out sangat ringkas, hanya menyerahkan kad di kaunter sahaja. Terdapat banyak hotel pengunjung hanya perlu meninggalkan kad di tempat yang telah disediakan tanpa perlu pergi ke kaunter). Tiada deposit dikenakan di hotel ini. Untuk yang berkereta pula, hotel ini menyediakan parking tetapi tidak percuma, perlu membayar sebanyak RM6.
Hotel ini antara hotel yang sesuai untuk keluarga kerana biliknya yang besar serta mempunyai pool untuk kanak2 yang agak besar juga. Selain itu lokasinya yang terletak berhampiran dengan NU Sentral memudahkan pengunjung untuk membeli belah di situ.
Hotel
Bilik
Ruang Dapur
Bilik Air
Pool
Commenti