Hotel ini terletak di Bukit Bintang, iaitu antara pusat membeli belah Lot 10 dan juga Fahrenheit. Hotel ini dulunya dikenali sebagai Piccolo Hotel tetapi ditukar kepada ANSA Hotel selepas diambil alih oleh Berjaya Group.
Saya menginap di bilik Deluxe Double yang berharga RM163 untuk satu malam. Biliknya sederhana besar kira2 269 kaki persegi. Apa yang unik tentang biliknya ialah sinki yang terletak di tengah2 antara pintu masuk dan juga katil.
Tiada apa yang istimewa tentang hotel ini. Kalau ada pun mungkin lokasinya yang terletak di Bukit Bintang berhampiran Pavilion menjadikan harga biliknya agak mahal jika dibandingkan dengan fasiliti yang disediakan.
Comments