top of page
Search
hanuds

1 Orange Hotel Sepang (20-21/9/24)

Hotel ini letaknya di Kota Warisan, Sepang Selangor. Ini adalah antara hotel yang boleh dijadikan transit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana jaraknya hanyalah kira-kira 12km untuk ke Terminal 1 dan 11km untuk ke Terminal 2. Saya menempah hotel ini menggunakan aplikasi Booking.com dengan harga RM104.55, tidak termasuk cukai 8%.


Saya tiba di hotel kira-kira pukul 5.45 petang dan terus sahaja ke kaunter untuk mendaftar masuk (check-in). Proses daftar masuk hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan hotel ini tidak mengenakan sebarang deposit. Bilik standard ini mempunyai keluasan 199 kaki persegi dan ianya agak luas. Di dalam bilik selain satu katil queen, hanya terdapat satu meja kerja di sebelah kiri katil dan di atasnya terdapat air mineral dan juga cerek letrik serta cawan. Di sebelah kanan katil pula terdapat satu ruang terbuka untuk menyangkut baju. TV pula dilekatkan di dinding bertentangan dengan kaki katil dan saiznya mungkin 40 inci sahaja.


Bilik airnya pula luas menempatkan singki, tandas dan ruang untuk pancuran (shower). Tandasnya ada disediakan gelung paip tetapi pancurannya hanya ada pancuran jenis siling sahaja. Ruangnya adalah terbuka dan agak luas. Hotel ini hanya menyediakan tuala mandi dan tidak menyediakan peralatan mandian yang lain. Hotel ini menyediakan seterika yang diletakkan di luar bilik.


Hotel ini menyediakan wifi percuma yang laju di mana kelajuannya mencecah 364mbps untuk muat turun dan 354 untuk muat naik. CelcomDigi pula mempunyai kelajuan 83mbps dan Tune Talk pula 84mbps. Hotel ini hanya menyediakan 4 siaran TV sahaja iaitu TV1, TV2, TV3 dan Didik TV dan kesemuanya pula bukanlah di dalam bentuk HD. Tekanan air di bilik mandi pula tidak kuat dan agak payah untuk mengawal suhu airnya.


Hotel ini boleh dijadikan transit untuk ke KLIA selain Holiday Inn dan beberapa hotel yang ada disekitarnya. Lokasi hotel ini sangat strategik kerana berdekatan dengan banyak restoran dan kedai makan serta berhampiran pula dengan KIP Mall. Biliknya bersih cuma hotelnya sudah agak lama dan sedikit usang. Hotel ini terletak hanya 3km untuk ke Stesen ERL Salak Tingi. Jika ditanya, secara peribadi saya lebih suka bemalam di Eman Cottege kerana biliknya yang sangat bersih.



23 views0 comments

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page